Klik Sini

Monday, June 27, 2011

3 Hari 2 Malam @ Cherating..

Hooo yeiiii...Hoooo Yeayyyy..aii girangnya hati dapat pergi bercuti(opiztrip), kami bertolak dari perkarangan opiz pada waktu pagi dalam lingkungan pukul 10 pagi dan keatas..dan tiba ke destinasi pada jam 3 petang (kalau tak silap, leka dengan pemandangan sekitar dan rasa teruja sangat-sangat sampai tak sedar masa pukul berapa..hihi..)Meriahhh..

Restoran Okeyh!


Menikmati juadah hidangan sesudah sampai ke destinasi..

Kami semua menginap Di Holiday villa Cherating, sementara boss pula menginap di The Legend Hotel gara-gara bilik telah penuh "di book" oleh sekumpulan pelajar Tadika bersama-sama ibu bapa dan guru Sekitar Pekan, Pahang..hihi..pasir di persisiran pantainya beralun tenang menyambut kehadiran kami kesini, amat mendamaikan..

Percutian cuti tahunan ini juga kebetulan sempena menyambut ulangtahun Kelahiran boss iaitu Pn.Raiha yang ke dot..dot..dot...haha biarlah rahsia..




Bufday Time...

nantikan sambungan dilain entry (N3)

:: Nadhirah ::

Tuesday, June 14, 2011

Ya Allah, Ya Tuhanku.

Ya Allah , Ya Tuhanku,
Bila aku dalam Kedukaan,
Aku ingat Kepada-Mu Ya Allah,
Dan bila aku dalam kegembiraan,
Aku telah melupakan-Mu Ya Allah,
Ya Allah , Ya Tuhanku,
Ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua-dua ibu bapa, kaum keluargaku, sahabat handai Dan seluruh Umat Islam,
Berkatilah hidup kami Ya Allah,
Limpahkan rahmat dan hidayah kepada kami dan kembali kepada jalan yang benar,
Amin Ya rabbal Alamin.