Klik Sini

Thursday, January 31, 2013

❤❀ Segmen Review Blog By Sabrina? ❀ ❤


As Salam semua . yeahhh seperti yang dapat dilihat Nadh sekarang memang gigih sertai segmen . Secara jujurnya Nadh nak tambahkan kengkawan  yang sebelum nie Nadh menyepikan diri . kengkunun nak privacy . Cheh . hehe




Siapa nak blog  direview 24hours? Nak . Mesti Nak kan ? kan . kan? join  je segmen kat blog seperti yang tertera. Good luck! =)



SYARAT-SYARAT:-
1.Follow blog nursabrina *tiada paksaan
2.Copy gambar diatas dan linkkan terus keSEGMEN .
3.Letakkan link anda dikotak comment blog Nursabrina*CBOX tidak dibenarkan.





Wednesday, January 30, 2013

❤❀ Last Minute-Maafkan Aku ost Setia Hujung Nyawa ❀ ❤


Best Lagu Nie .... Sangat - sangat bestttt ! hehe



Maafkan Aku - Last Minute 

(verse 1)
Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kata
Yg ku cinta sepenuh hatiku

(verse 2)
Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yg pertama..kucintai

(chorus)

(1)
Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yg dapat menemanimu

(2)
Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
I said i love youu..

Repeat verse 1 & 2

Chorus

Solo

chorus 1 (slow part)
           2 (normal balik)

❤❀ Setia Hujung Nyawa - Lirik Lagu Sastera Kupu-kupu ❀ ❤


Drama yang tengah meletopsss dikaca tv3 setiap pukul 7.00 petang nie . Huhu.





Lirik Lagu Sastera Kupu-kupu - Mimie Haris

Betapa kelam buat aku tak termampu
Di manakah mentari
Yang dahuli disisi
Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah
Diriku pun merebah
Sakit ini
Adalah Setia yang tak pernah kau mengerti
Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang
Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang
Aku si kupu-kupu
Hinggap di kuntum hatimu

❤❀ Segmen 2013: Jom Tingkatkan Follower Sampai Lebam ❀ ❤


As salam semua. huhu menarik .menarik . Moh ler kita ramai - ramai join . hehe



Follower :


Syarat - syarat dia pon tak susah mana 

  1. Buat satu entry " Jom tingkatkan followers sampai lebam " & letak jumlah follower yang sekarang ( printscreen/terpulang)
  2. Follow blog Cik Lysa
  3. Tekan google+ pada entri ' Contest 10 Blogger Terbaik Malaysia '. (wajib)
  4. Letak link entri yang anda buat tadi di kotak komen empunya segmen (blog Cik Lysa). Done :)

Tuesday, January 29, 2013

❤❀ Nak menang hadiah tak ? segmen: Jom Blogwalking by Nabila Biela! ❀ ❤


As Salam dan selamat Sejahtera semua . huhu .  Untuk permulaan tahun nie Nadh nak menjoin kan diri menyertai Segmen : Jom Blogwalking by Nabila Biela @ Korang pon boleh join sama dengan syarat korang kena lah follow syarat2nya adalah :-

SYARAT-SYARAT
1) Follow dan like page blog Nabila Biela *wajib ohkey *
2) Like dan follow sponser *wajib*
3) Buat satu entry mengenai segmen ni..dan tampal kuat2 banner kat atas dalam entry dan backlink ke entry blog cantik Nabila Biela ni.*link entry letak di komen entry ni sahaja*
4) Follow semua peserta yang join *harus*
5) Segmen tamat pada 10/2/2013
6) Tolong share entry korang dekat FB *nanti lagi ramai yang join kan?*

Cara pemilihan pemenang ada 2 kategori:
1) Random*siapa yang ikut syarat diatas sahaja*
2) Letak banner segmen ni di sidebar dan bloglistkan *akan diletak dalam hadiah yang lebih special*
#blog yang cepat loading dan kemas pon akan dikira juga permarkahannya ^_^ 

SENARAI SPONSER(wajib like dan follow)
1)Butik Fairytopia..LIKE
2)Butik Doll scarf..LIKE
3) Tudung Sweet Aryan..LIKE
4) Elleta fashion..LIKE
5) Butik Zea Rea..LIKE
6) Blog Aku Penghibur..FOLLOW
7) Blog Fatin Amalina Husna..FOLLOW
8) Premiun Beautiful..FOLLOW
SENARAI PESERTA(Harus Follow)
Sila ke page / Blog comey Nabila Biela untuk senarai nama .

Apa tunggu lagi , jom laa join sekali . Berbaloi-baloi . +_+

Wednesday, January 23, 2013

❤❀ Salam Maulidur Rasul ❀ ❤



Salam Maulidur Rasul 1434H buat semua umat Islam . Semoga kita mencontohi akhlak Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W - Mari kita berselawat tak kira pada bila-bila masa dan tidak semestinya pada hari kebesaran sahaja .

Tuesday, January 22, 2013

❤❀ Mood Tetiba Down . ❀ ❤

As Salam dan Selamat Petang .

Macam - macam hal yang Nadh fikirkan dan terjadi kat diri Nadh sekarang nie . Fikirkan umur yang semakin bertambah, masa hadapan , jodoh pertemuan , pencapaian dalam hidup , aktiviti - aktiviti semasa  . 2013 . Hmm . tetiba rasa takut nak tempuh , tapi sampai bila ? satu hari mesti kena berdikari juga . Nadh sekarang masih tinggal dengan family . sebab masih belum berkahwin . hehe . tapi rasa takde pencapaian dalam hidup . Mungkin sebab Nadh hanya ikut apa sahaja perjalanan dalam hidup atau dengan erti kata lain tak nak berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan . Cuma Nadh akui kita hanya merancang, Allah S.W.T yang menentukan . Tapi apepon Nadh bersyukur dengan kehidupan Nadh sekarang , InsyaAllah ada peningkatan Alhamdulillah itu yang Nadh harapkan  . Doa -doakan yer . Amin .

Monday, January 21, 2013

❤❀ ~ Kanak - kanak hilang disahkan telah mati lemas di Sg. Sireh Pelabuhan Klang ~ ❀ ❤

Kanak-kanak yang dilaporkan hilang  William Yau Zhen Zhong  telah ditemui mati lemas di sekitar kawasan perairan pelabuhan klang. Diharap kedua ibubapa mendiang bersabar atas pemergian anaknya .

Friday, January 18, 2013

❤❀ Pakej Komunikasi Belia yang diskaun RM 200 tue ❀ ❤

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua .

Apa khabar anda hari ini?

Wahhh . Sangat tertarik dengan tawaran ini . Maka Nadh dengan tak sabar sudah pon mendaftar tadi . huhu tak tau bila nak membelinya lagi . kena tunggu gaji masuk dulu .

 Untuk makluman, permohonan ini hanya dibuka untuk 1.5 juta orang belia sahaja, dimana mereka perlu memenuhi beberapa syarat seperti umur diantara 21-30 tahun, dan berpendapatan dibawah RM3000 sebulan bermula pada 1 Januari 2013.


Syarikat telekomunikasi sendiri  (Maxis, Celcom , Digi ,etc) menawarkan pelbagai peranti pilihan dibawah pakej ini, yang mana diperlukan untuk melanggan pelan mereka, selain ada diantara mereka yang menawarkan pelan prabayar dan sebagainya. Jadi rajin - rajin lah ye mengoogle ke laman sesawang syarikat telekomunikasi pilihan anda .

Daftar terus secara online disini : https://komunikasibelia.skmm.gov.my/

SYARAT TUNTUTAN & PERINGATAN: 

1. Slip penebusan rebat ini akan luput pada 30 hari selepas permohonan.
2. Sila bawa kad pengenalan /kad kuasa / kad pelajar dan slip ini (jika ada) semasa membuat tuntutan di wakil pengedar. 
3. Penebusan rebat ini HANYA boleh dituntut melalui wakil-wakil pengedar yang dilantik oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat. (Sila rujuk laman sesawang syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan senarai harga model telefon dan wakil pengedar)
4. Hanya untuk telefon pintar 3G pasca bayar, pra bayar atau penukaran telefon bagi pelanggan pakej data sedia ada yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi sahaja. 
5. Permohonan semula hanya dibenarkan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh permohonan.


❤❀ Adeii , Mulut oh Mulut ❀ ❤

As Salam .

Hehe . Sukee ea . N3 nie bukan n3 dot dot dot kay . hmmm . Alkisahnya hari nie apesal laa mulut Nadh nie ringan aje nak keluarkan kata-kata di atas pertanyaan orang yang sedang nak korek2 rahsia . Memang kita kena berkata -kata , tapi kata-kata Nadh yang tadi sememangya tidak perlu sama sekali , Walaupun banyak yang dirahsiakan. Adeiiii . Orang tue pulak pandai nak korek rahsia . ahhhhh . tak sempat fikir panjang ke apa tadi ? atau takut kat tempat orang @ memang tak pandai nak mengelak . orang tue dah lah tak boleh nak kompromi sikit tentang hal ehwal yang berkaitan pastu garang kemain suka pulak dia jaga tepi kain kan... opsss bukan nak mengata.. hanya nak cerita..ini baru dinamakan liku hidup pahit dalam perjalanan hidup yang masih panjang . Kena belajar menghadapi situasi . macam - macam yang kita kan tempuh . Kesabaran , kejujuran , kebijaksanaan dan redha sahaja dapat mengatasi .Siap call lagi kat pihak ketiga akan kesahihan kerana dia dah tahu siapa kah gerangan yang tak pasti betul ke tak lagi dan cakap kunun2nya dia yang cadangkan orang tue . Apakah??? orang macamnie pon ada untuk mengambil kesempatan SEGERA. Dan antara dua orang yang lain tu adalah kawan . Kamu ? aish. Jadi Sebal seketika . kerana ini adalah salah satu diari mendung . Pengajarannya : Berhati-hati dan berfikir panjang dulu sebelum berkata-kata. Nadh minta Maaf .

                                                   
 Adious !

Wednesday, January 16, 2013

Quran In Malay

❤❀ ~ Home Sweet Home ~ ❀ ❤

Assalammualaikum .

Semalam 15.01.2013 , Kami satu family tolong Ida my sis  yang dah kawen dan baru dapat rumah kemaskan barang untuk masuk ke rumah baru mereka  sekitar Selayang juga . Semoga terus berbahagia di samping insan tersayang dan cahayamata yang bakal dilahirkan nanti . Amin .

XOXO,
Mak Ngah Nadh .
 *_^