Klik Sini

Wednesday, September 26, 2012

❤❀ Rintas ( Ringkas + Pantas ) ❀ ❤

Korang mesti tertanya-tanyakan apakah itu Rintas? Rintas sebenarnya ialah Tulisan ringkas dalam penulisan rintas yang biasa didengari dan dipelajari di kalangan pelajar fakulti pengurusan dan teknologi pejabat dan juga mereka yang mengikuti program kesetiausahaan dan pengurusan pejabat. Bagi Nadh, Penulisan Rintas ini lebih mudah berbanding dengan trengkas.Rintas menggunakan huruf manakala trengkas (shorthand ) menggunakan simbol.waaahhh boleh nangis kalau tetiba tak dapat nak terjemahkan semula...kenangan sungguh..haha..

Selain itu, Rintas membolehkan kita mengambil notaringkas seperti pesanan telefon, minit mesyuarat, arahan-arahan yang diberikan, dan juga catatan yang diperlukan. Ianya menjimatkan masa melalui tulisan-tulisan ringkas tersebut tanpa membuat draf yang lengkap..

apepon memang seronok bila belajar sesuatu perkara baru.Satu kemahiran yang tidak rugi untuk kita belajar.
Ada kata awalan, huruf NG, pengguguran ayat, huruf NY, akhiran an dan lain-lain...tulisan dia pula...hehehe..Nadh punya cakar ayam ohkeyyy....