Klik Sini

Thursday, March 22, 2012

❤❀ Haiya..ini Asooo haa ❀ ❤


Apa pon xboley..emm nie adalah satu kisah~ kisah Cik Nadh(hmm tersedak sudah) dengan motor ego maroonnya..Alkisah bermula apabila pagi semalam Cik Ririn( Plz call me Azrin Ohkey!! J memain je) bagitau ada satu Van, Lori whatever ‘Hilux Silver’ langgar my muchuk ego maroon...waaahhh sampai jatuh...sob...sobb...sob...Selambe je kan...ko ade lessen ke x nie Asoo(umur lingkungan 30 an mengikut sumber??haha mdm...sabar Nadh..sabor kan diri anda..agak laa kan, sib bek  de saksi tolong informkan kalau tak buta2 je rosak camtu je then kne ganti lak gara – gara kesalahan orang lain..adakah patot?? Akai ada? ::hihi::~ Marah dowh kat asooo tuh~ ...handle my muchuk da senget taw tak??kesian En. Kriss Modenas putih sebelah my Muchuk.. habis pecah mudguard depan dia..cedera teruk okeyyyy...my mudguard pula da retak sikit...amboi...amboii..amboi...siap laa u asooo..u sulah salah langgar motor maaa... luu ada taw ka ..  Itu En. Kriss Modenas putih haa pegang u punya permohonan lesen.... u mau lari mana??haiyaa settle baik-baik maa jangan lari.. u langgar kasi pecah...u ganti lorhhh....
So....nanti wa anta lesit (resit) claim aaarrr sama luu rr asoo....kasi ganti laa...

Sunday, March 11, 2012

❤❀ Kanak -kanak hilang dijumpai dan disahkan telah meninggal dunia..Al-Fatihah.. ❀ ❤





Salam Semua...Nadh baru sahaja membaca satu entry di blog  Bicara Mak Dara mengenai  kehilangan seorang kanak kanak berusia 5 tahun . Kanak kanak yang hilang ini bernama Nurul Nadirah Abdullah, didapati  telah hilang di Johor Bahru.



adik Nurul Nadirah yang hilang

dan akhirnya didapati bahawa Adik Nurul Nadirah yang hilang telah ditemui meninggal dunia dipercayai telah rentung di sebuah ladang kelapa sawit..Semoga roh Arwah Adik Nurul Nadirah dicucuri rahmat dan tenang di sana..Al- Fatihah..Amin..


Saturday, March 3, 2012

❤❀ Pabila Hujan turun ❀ ❤


Oh Hujan, Hujan Rahmat...
emm boleh dikatakan sekarang musim hujan di petang hari.. 
so kain baju kat ampaian asyik lembab je :) 
 Dibawah nie Nadh sertakan sedikit info mengenai hujan...

Hujan merupakan kerpasan cecair, berlawanan dengan jenis kerpasan bukan cecair seperti saljihujan batu dan hujan ais. Hujan terbentuk apabila titikair yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga.



Fenomena alam

Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.

Tolok hujan biasa
Jumlah air hujan diukur menggunakan tolok hujan. Alat ini seakan-akan paip kerongga yang tertutup pada bawahnya, dengan satu corong pada hujungnya yang di atas. Alat ini biasanya diletakkan di suatu tempat yang lapang. Jumlah air hujan dinyatakan sebagai kedalaman air yang terkumpul pada permukaan rata, dan diukur kepada 0.25 mm terhampir. Kadang-kadang ia turut disebut dalam liter per meter persegi (1 L/m² = 1 mm).
Tempat yang air hujannya kurang daripada 254 mm (10 inci) setahun dipanggil gurun, manakala jumlah hujan yang lebih daripada 510 mm setahun diperlukan untuk tujuan pertanian. Tetapi sekiranya jumlah hujan lebih daripada 2540 mm setahun, tumbuhan liar boleh menjadi amat subur sehingga mengancam tanam-tanaman.
Air hujan sering digambarkan sebagai berbentuk "lonjong" seperti air mata, lebar di bawah dan tirus di atas, tetapi ini tidak tepat. Air hujan kecil hampir bulat. Air hujan yang besar menjadi semakin leper, seperti roti burger; air hujan yang lebih besar berbentuk payung terjun. Air hujan yang besar jatuh lebih cepat berbanding air hujan yang lebih kecil. Biasanya diameter air hujan ialah antara 1 - 2 mm.

❤❀ Terima kasih banyak2 yer Pupel LiyaNa official Blog ❀ ❤

 Klik Atas
Penghargaan sangat untuk blog Pupel LiyaNa official Blog yang menghantar komen pertama dan sudi komen kat teratak usang Pabila Ms.Teddy Bermadah...tak sangka pula pupel LiyaNa sudi menjengah seketika..Terima kasih banyak2 yer...Nadh selalunya 'Silent Reader' sebab tak berapa pandai nak karang ayat sangat dan ..cuma bila rasa ada kelapangan baru buat entry... :) tapi still xleh challenge blog  pupel LiyaNa kan..ngehehe..dan Nadh shuke bace entry sis (dan slaloo juga klik giveaway, wlaawpon taw xkan menang sbb xtaw cara hihi).....senyum... :)

Friday, March 2, 2012

❤❀ SubhanaAllah, Al-Quran juga dapat mengesan penipuan ❀ ❤

Subhanallah, sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat kami katakan selepas mengetahui hal ini. Siapa sangka pada waktu seribu tahun++ dahulu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum kami paparkan apakah ayat tersebut, ingin kami kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI. iaitu.............

end typing
Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.

Fakta mengesahkan, dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Ubun-ubun yang Menipu Menurut Al-Quran Sekarang adalah masanya untuk kami kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan hal ini.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir(ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..

Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com Terima kasih Darulruqiyyah::pabila ms.Teddy bermadah::