Klik Sini

Wednesday, January 18, 2012

❤❀Kejoraku Bersatu dan sememangnya Bintang Pilihanku (*~_~*) ❀ ❤



Lagu Pertama Dari  'MR.R'  .. January 2012 (*~_~)

agak terharu laaaa...huhuhu....Btw TQ so much.....Nadh shuke sgt.......

Tuesday, January 17, 2012

❤❀ Antara Ya dan Tidak..Awesome for me...❀ ❤

Salam Selasa untuk hari ini bersamaan dengan 17/01/2012 @ 23 Safar 1433M.Hari ini penuh dengan cerita Rahsia Allah yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah..Semoga Allah Memberkati dan Meredhai hidup kita semua..


Pagi tadi sebelum keluar kerja Ida (my sis) bagitau someone tanya tentang Nadh, samaada da ada calon ke blom..Dia nak isi kekosongan tersebut..emmm...Dia nie, Nadh kenal masa kecil - Kecil...jiran jauh :)

kemudiannya nak dijadikan cerita minyak motor Nadh (MY Buchuk) da habis dan memang harus diisi untuk tidak menempuh masalah kalau tak menolak laa jawabnya..Maka Nadh pon singgahlah ke sebuah Stesyen pam minyak kaler hijau yang berhampiran dengan kawasan perumahan Nadh, kebetulan pula ada seorang pekerja di situ sering melebihkan minyak yang dibeli...Nadh bayar RM4 tapi dia bagi RM 5...By the way bagi sesetengah orang ini agak menjimatkan tetapi Nadh agak 'Rimas' dengan situasi ini.Semasa Nadh nak membayar semula baki harga minyak tersebut disamping beli sedikit jajan untuk alas pwot ditempat kerja..dia punch harga tapi taknak ambil duit Nadh..Amboi...terkedu lama juga buat seketika..Nadh tak pernah melayan dia okey...dan tak kenal pon dia..Agak - agaknya disebabkan muka Nadh nie ada iras - iras pelakon Bollywood kowt~ (ecececehhh..pasan sendirik)

**************************************************

Tapi yang tak boleh dihadapi ialah bila " Mr.R" meluahkan rasa hati kat Nadh dan SEMESTINYA Dia sangat bersungguh...Ya Allah Berikanlah Hambamu ini Kekuatan..Bukan ingin menolak tapi hanya hati ini yang BELUM bersedia menerima CINTA lagi
P/S:Kalau ada jodoh takkan kemana kan... :)

Friday, January 13, 2012

❤❀ yeayyyyyyyyy esok hari sabtu........... ❀ ❤

Salam semua..

Entry kali ini sebenarnya cerita dari sabtu minggu lepas iaitu pada tarikh 07/01/2012..Nadh belajar kursus  Sijil kemahiran Malaysia dalam jurusan kesetiausahaan dan pengurusan perniagaan..Nak tambah ilmu, pengalaman dan kemahiran menaip..Kelas setiap hari sabtu selama 6 bulan untuk satu semester dari 09.45 pagi hingga 03.45 petang..





Pada hari sabtu tersebut 07/01/2012..Nadh mendaftarkan Nama bagi sessi pengajian kuliah pertama yang merupakan hari suai kenal antara pelajar dan lecturer..Antara yang Nadh perlukan semasa mendaftar ialah:
* 1 salinan IC
*2 Gambar saiz passport
*Yuran bulan pertama RM 250
*T-shirt dan kad pelajar RM 50
Total bayaran RM 300 + deposit pendaftaran tempoh hari RM 100 = RM 400
Balance ade lagi dalam RM 1800 untuk satu sem.



Masa tue berkenalan dengan Seha, Farah dan Mel, ktorg Jd Bestieeeee classmate ,tukar - tukar no.fon, lunch sesama, cerita kisah masing - masing dan yang paling jauh datang ialah Seha..datang dari seremban...Jumlah pelajar dalam class ada 23 pelajar, 3 daripadanya pelajar lelaki :))

Esok Sabtu, So ade class.. dan juga merupakan kuliah pertama yang ada "Nota"..Study Smart...huuu x sabar kot....nak jumpe kawan - kawan belajar  n yang utama nak shoppinggggggggggggggggggggg....hihihiihihi... (Sebab tadi baru gaji masuk..agak lambat kali ni,emmm tapi syukur Alhamdulillah )

❤❀
❀ ❤

Friday, January 6, 2012

❤ ❀ Happy Bufday Ciksu Cayunk ^,^ ❀ ❤

❤❀Selamat Ulangtahun kelahiran Ciksu 6 Januari 2012 

semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan dan ceria - ceria selalu disamping keluarga tersayang.Rindu kot kat ciksu lama da kita tidak berjumpa.Jika ada kesempatan nanti dapatlah kita berjumpah hendaknya..masing -masing di kedah n Kuala Lumpur.

❤ ❀ Cinta Daripada Pandangan Imam Al - Syafie ❀ ❤

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:
“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”
Source: Takzirah Umum

❤ ❀ Sejarah disebalik Solat Lima Waktu ❀ ❤

Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang

telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun