Klik Sini

Wednesday, March 9, 2011

Asas - Asas Fardu Ain.

1.RUKUN ISLAM
a)Mengucap dua kalimah Syahadat
b)Solat Lima waktu
c)Menunaikan Zakat
d)Menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan
e)Menunaikan ibadah Haji ke Mekah,bagi yang berkuasa (mampu) sekali semur hidup.
selain itu juga meninggalkan perbuatan-perbuatan mungkar yang diharamkan dan dilarang oleh Allah S.W.T.

2.RUKUN IMAN
a)Beriman kepada Allah
b)Beriman kepada Malaikat
c)Beriman kepada Kitab Allah
d)Beriman kepada Nabi dan Rasul -Rasul
e)Beriman kepada Hari Akhirat
f)Beriman kepada Qada' dan Qadar

(A)Rukun Iman yang pertama ialah beriman kepada Allah.

Keimanan kepada Allah merupakan asas utama didalam dasar keimanan seseorang.Beriman kepada Allah adalah sesuatu yang wajib keatas manusia iaitu makrifat kepada Allah dengan sebenar-benarnya yakin,kerana dengan keyakinan yang betul dan benar,maka dengan sendirinya kita yakin pula kepada rukun-rukun iman yang lainnya.Al-Quran karim sebagai sumber ajaran dan hukum Islam yang penting memberikan keterangan yang jelas mengenai keimanan kepada Allah,dengan mengemukakan bukti-bukti yang jelas mengenai kewujudan yang Maha Esa itu.

Firman-firman Allah S.W.T.:
"katakan wahai Muhammad bahawa Allah itu satu.Allahlah tempat sekalian
makluk bergantung.Tidak Dia beranak dan diperanakkan dan tidak
ada sesiapapun yang setara atau seumpama dengan-Nya."

(Surah al-Ikhlas:1 -4)

"Dialah Allah Tuhanmu,tidak ada Tuhan melainkan Dia,Pencipta
segala sesuatu,kerana itu hendaklah kamu menyembah Dia."

(Surah al-An'am: 102)

"Dan jika kamu bertanyakan mereka (orang Jahiliah),siapa yang
menjadikan langit dan bumi,nescaya mereka akan menjawab,bahawa
yang menjadikan langit dan bumi itu ialah Allah yang Maha Berkuasa
lagi Maha Mengetahui."

(Surah az-Zukhruf:9)

(B)Rukun Iman yang kedua ialah Beriman kepada Malaikat.

Malaikat ialah makkluk halus yang dicipta oleh Allah.Mereka ini ialah makhluk di alam ghaib.Makhluk yang tidak dapat dilihat,didengar,dirasa dan dipegang.Mereka hidup dalam suatu alam yang berbeza dengan kehidupan alam semesta yang kita saksikan ini.Mereka tidak tidur dan tidak mempunyai nafsu syahwat.Mereka ialah makhluk yang taat patuh dan sentiasa patuh beribadat menjalankan perintah Allah.

Firman Allah S.W.T.:
"Bahkan malaikat itu adalah hamba Allah yang dimuliakan,mereka
tidak pernah mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka bertindak
atas perintah-Nya."

(Surah al-Anbiya':26-27)

No comments:

Post a Comment